1. Pelbagai zat pemakanan
Khasiat minyak habbatus sauda yang pertama ialah dari segi zat pemakanan. Habbatus Sauda adalah kaya dengan:
- monosaccharide glukosa, xylosa , polysaccharide
- fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). Sumber utama EFA adalah pemakanan dan tidak dapat dihasilkan oleh badan
- Asid amino yang membentuk protein, kalsium, zat besi dsb
2. Menguatkan Sistem imunisasi
Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Arab Saudi yang menemui khasiat minyak habbatus Sauda
dalam meningkatkan sistem imunisasi (daya tahan dalam melawan
penyakit). Dengan itu ia mungkin berkepentingan dalam pengawalan kanser,
AIDS serta penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya
ialah sebagai anti-histamine. Histamine merupakan bahan dikeluarkan
sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik
(alahan). Habbatus Sauda ada mengandungi bahan-bahan menghalang protein
kinase C, sejenis bahan pencetus penghasilan histamine. Disebabkan
penghidap asma biasa mengalami masalah alahan, habbatus Sauda
berkemungkinan baik untuk diambil secara berterusan oleh pesakit asma.
4. Anti-tumor
Kajian in-vitro menemui bahawa antara
khasiat minyak habbatus Sauda adalah dalam menghalang pembentukan sel
tumor. Oleh itu habbatus sauda, baik digunakan bagi membantu
menghalang kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan dalam mencari khasiat
minyak habbatus sauda mendapati ia mempunyai aktiviti anti bakteria .
Ia berupaya dalam mengawal bakteria seperti E. coli, V. cholera serta
spesies Shigella. Ini memberi makna habbatus Sauda adalah baik bagi
mereka yang menghidapi penyakit seperti cirit-birit serta masalah perut
yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Khasiat minyak habbatus sauda
seterusnya ialah dalam mengurangkan radang (bengkak). Oleh sebab itu,
habbatus sauda adalah baik bagi pesakit asma (untuk mengurangkan radang
dalam paru-paru), ekzema (alahan yang menyebabkan gatal dsb.) dan
arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi hormon serta lemak yang
didapati dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang
menyusukan bayi bertambah
No comments:
Post a Comment